My Blog List

Wednesday, September 5, 2012

Petua Mengesan Sihir



Petua Mengesan Kehadiran Sihir
Ihsan daripada Facebook: ENSAIKLOPEDIA PETUA_PETUA LAMA

1. Jika anda kerap mendengar bunyi berdesing dalam kepala menunjukkan anda disihir. Tukang sihir mungkin memuja roh anda dan menghantar jin/syaitan dalam roh anda. Kesihatan anda selepas itu merosot dari hari ke hari, badan selalu terasa lemah dan tidak bersemangat. Lama kelamaan akan mendapat penyakit misteri dan jika tidak diubati boleh merana dan membawa kematian
.

2. Untuk mematikan sihir yang dihantar kepada anda, amati bunyi desing dalam kepala. Jika tiba-tiba terasa bunyi berdesing dalam kepala anda, cepat-cepat baca “Auzubillah himinas syaito nirajim” dan terus membaca “Bismillah hirrah manirrahim”. Bunyi tersebut pasti akan berhenti. Ini bermakna syaitan yang cuba memasuki akan terbakar dan gagal memasuki roh anda untuk menyihir.

3. Setelah itu cepat-cepat minum air limau nipis dengan membaca 3 kul dan selawat syifak. Mandi air limau nipis samada waktu mghrib/pagi lepas subuh.

4. Untuk mengelak perbuatah sihir /buatan manusia jahat, rahsiakan tarikh lahir dan nama ibu anda. Jangan beri kepada orang sembarangan. Sihir berlaku melalui alam roh dan syaitan memasuki roh anda jika ia mengetahui tarikh lahir dan nama ibu anda.

Tuesday, September 4, 2012

Anakku Muhammad Amiruddin

Musim Raya sudah pun berlalu. Sekarang merupakan musim tegang dan tension bagi warga sekolah di Malaysia. Mana tidaknya, sekarang ini merupakan musim peperiksaaan. Bermacam peperiksaan yang akan berlangsung di Malaysia. Pada 11 September nanti murid-murid sekolah rendah akan menduduki peperiksaan UPSR. Sekarang mereka sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan diri masing-masing untuk peperiksaa. Hal ini termasuklah anak aku Muhammad Amiruddin yang bakal menduduki UPSR 11 September nanti. Nampak agak tegang sekarang Amir...aku cuma mendoakan agar Amir boleh menjawab dengan baik. 

Aku faham anak aku seorang ini tertinggal banyak perkara berikutan kesilapan orang tuanya, tetapi apa yang mampuku lakukan. Masa yang lalu tidak mungkin dapat aku kembalikan. Amir anakku seorang ini pengidap dileksia..dan aku ketahui apabila anakku ini kembali ke pangkuanku setahun yang lalu. Jadi setahun lalulah baru aku dapatkan status OKU untuk dia. Semasa dia kembali aku lihat keadaan dia sangat teruk kerana membaca pun dia gagal. Semasa aku berusaha pindahkan anak aku ke SK Pulau Sebang dari SK Dato Naning, cikgu-cikgu SK Dato Naning melabelkan anak aku ni sebagai pelajar bermasalah berikutan hampir 4tahun anakku ini berada di kelas pemulihan..sayangnya seorang pun tidak perasan yang dia ini dileksia...memang aku kecewa sangat tetapi aku aku mampu buat... 

Aku cuba juga berusaha agar dia tidak ketinggalan jauh. Alhamdulillah sekarang ini dia sudah boleh membaca walaupun tidak selancar rakan seusia dia tetapi sekurang-kurangnya banyak perubahan yang aku lihat dalam setahun ini. Aku cuma mampu berdoa agar Amir dapat menjawab peperiksaan UPSRnya setakat yang termampu. 
Semalam aku hantar dia belajar BI dengan Anis dan aku lihat dia minat untuk belajar mungkin kerana dia sudah faham apa yang hendak dilakukan dengan tulisan-tulisan di atas kertas yang berada di tangannya..Bukan aku tidak mengharapkan kejayaannya seperti kanak-kanak yang lain tetapi aku sedar kemampuan anakku ini. Aku rasa kalau kanak-kanak seusianya pun tidak mampu buat kalau dalam masa setahun ini dia kena belajar semua..bukan setahun tetapi beberapa bulan ini. Sepanjang setahun dia berada di kelas Pendidikan khas hanya untuk membaca, mengira..belajar yang basic-basic je.. tanpa belajar silibus yang bakal dia akan diuji.. Keputusan peperiksaan percubaan yang Amir terima hari itu banyak menyedarkan aku betapa anak aku seorang ini kena berjuang bermati-matian dan aku juga terpaksa korbankan banyak masa semata-mata hendak melihat anak aku boleh dan mampu menjawab soalan yang bakal dikemukakan..Aku banyak berdoa..semoga ALLAH mendengar doa aku ini...

Wednesday, August 29, 2012

Raya ke Tiga bersama keluarga yang lain

Beraya di Rumah Pak Cik Wahab

Pada raya ke dua abang aku, Azman daripada Kuantan bersama keluarganya balik ke Felda Bukit Senggeh. Manakala abang aku Azmee akan join kami di rumah Mak Lang di Kesang Tua.

 Biasalah bila balik beraya kami akan beraya bersama terutama pergi beraya  ke rumah saudara terdekat. Pagi raya ke tiga kami ke Tesco dahulu untuk belikan abang Adi handphone baru kebetulan handphone dia rosak.
Emak di Rumah Pak Cik Wahab
Emak setelah makan kuih raya

Semua ke Tesco dan makan tengahari di Selera Padang di Maidin MITC. Setelah itu kami pergi beraya di rumah Pak Cik Wahab, kawan baik arwah ayah.

Sepanjang Jalan Ke kota Tinggi.

Bersarapan di Tangkak.
Abang aku yang ketiga dan keempat...Bang Zman dan Bang Zmee

 Pada hari raya keempat, semua sepakat hendak menyambut kepulangan Bang Nan dari umrah. Kami sekeluarga bergerak pada jam sembilan lebih pagi, pada perancangannya memang hendak bergerak jam sembilan pagi. Rancangan hendak breakfast di Sempang Bekoh tetapi terlalu ramai menyebabkan kami meneruskan perjalanan sehingga ke Tangkak. Dalam perjalanan kami berjumpa dengan kedai makan.Kami semua bersarapan pagi di kedai ini. Memang diakui roti canai dan sambal tumisnya memang sedap. Kami keluarga yang terakhir sapu bersih sambal tumisnya...
Pada petangnya sesampai di Kota Tinggi rumah Bang Nan dan Kak Norshema aku meneman Kak Shema beraya ke rumah bapanya tetapi tidak disangka berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku di rumah Bang Nan. Sebagai adik aku terus terang aku juga turut terasa..cubit peha kanan peha kiri terasa..aku berfikir sehingga ke hari ini kenapa boleh keluar perkataan itu...diharap semua orang memikirkannya..biasalah kami dididik bila buat salah perlu ditegur, jika ditegur baik tidak boleh betul maka akan ditegur secara keras agar boleh diperbetulkan kesalahan dan kesilapan. Tidak perlulah perkara itu dijadikan alasan......
Anak-anak Bujang...sedang menunggu Pak Ngahnya balik dari umrah

Bang Nan memeluk emak sebaik sahaja sampai di Masjid di Johor


Tuesday, August 28, 2012

Berhari raya

Bergambar di pagi raya 2012
Di pusara ayah..tradisi yang masih diteruskan setiap pagi raya
Hari Raya pada tahun ini di sambut seperti tahun-tahun lalu walaupun hanya beberapa orang sahaja yang balik beraya kerana tahun ini giliran bagi abang-abang aku beraya di rumah mertua masing-masing. Manakala abang Adnan ku beraya di Tanah Suci kerana mengerjakan umrah pada 10 hari terakhir Ramadhan. Beruntung dia....

Wednesday, August 8, 2012

bicara syaitan dengan Rasulullah

(IHSAN DARIPADA FACEBOOK: BUAT PERINGATAN SEMUA)
TOLONG BAGI 10 MINIT JE BACE NIE... !!!
KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:


"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H

Tuesday, July 31, 2012

Manusia dan Qarin


APAKAH ITU QARIN ?

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU KE JALAN ISLAM YANG SEBENAR

Doa Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha & Kehebatan Doa Solat Dhuha

Thursday, July 26, 2012

kursus dalam perkhidmatan 4 minggu

Puan Norida

Munshi Mohamad

Cikgu Ramli

En. Abang
lamanya aku menghilang...sibuk dengan kursus dalam perkhidmatan selama 4 minggu di ipgk perempuan melayu melaka. Sepanjang di sana wireless kurang memuaskan dan banyak tugasan yang hendak diselesaikan. Di sana juga kami diminta menyiapkan sebuah cerpen dan dua buah sajak. Buntu juga fikiran sebab lama sungguh tidak menulis karya...tetapi siap juga kerana itu tuntutan ketua kursus En. Abang Saifuddin bin Abang Bohari...begitu juga dengan sajak yang diminta oleh Cikgu Ramli Abu..Kedua-dua nama besar dalam bidang sastera ini..banyak betul ilmu dan tidak pernah lokek untuk berkongsi..rasa sangat bertuah kerana terpilih...dan berbesar hati kerana diketemukan dengan kedua-dua insan ini. Subhanallah..kedua-dua ini terlalu menghargai orang di sekelilingnya..senang hati sepanjang kursus ini..terima kasih En. Abang, Cikgu Ramli, Munshi Mohamad Musip, Puan Norida( dah dapat dr. tapi masih enggan gunakan), Dr Yazid dan En Rafi..Blog aku ni kalau dibaca oleh mereka maka banyaklah teguran yang akan dilakukan..heheh

Monday, April 30, 2012

Kejohanan Bola jaring MSS Peringkat Alor Gajah


PERINGKAT AWAL..


PERINGKAT FINAL 27 APRIL

INILAH WAJAH-WAJAH ANAK DIDIKKU YANG BERUSAHA UNTUK MENAIKKAN NAMA SMASRA...SEK. MEN.ARAB(JAIM) AL-ASYRAF

Selepas menempuh pelbagai dugaan akhirnya tibalah waktu untuk pelajar bawah bimbingan aku (Pasukan Bola Jaring Bawah 18tahun) beraksi... Dugaan yang sangat getir sehingga aku merasakan harapan untuk masuk ke pusingan seterusnya tidak akan ada, apabila aku kehilangan seorang penjaring gol aku..GS aku cedera semasa dia menyertai kejohanan olahraga peringkat MSS Alor Gajah.. nampaknya dia tidak boleh beraksi dan aku terpaksa masukkan pelajar yang baru aku latih kerana aku tiada pilihan lain...aku cuma berharap untung sabut timbul untung batu tenggelam...Dengan berbekalkan kekuatan tanpa penjaring yang baik aku pasrah untuk menentang pasukan bola jaring sekolah sekitar Alor Gajah..seramai 9 pasukan bertanding pada 26hb April yang lalu..Aku yakin kepada pelajar yang berada di posisi lain..kerana mereka anak didik aku sejak mereka menengah rendah lagi...Masa perlawanan pertama, memang agak memalukan kerana GA dan GS aku sangat teruk..dan terus terang aku sangat yakin kami akan balik dan tidak akan ke peringkat seterusnya..Namun aku tetap memberi semangat dan dorongan...dan mereka juga agak teruja apabila UMMI yang membantu membimbing mereka hadir pada perlawanan seterusnya...tidak sangka mereka boleh menang dengan Pasukan Kolej Vokasional Alor Gajah...tak sangka juga sebab mereka boleh lakukan...perlawanan berterusan tetapi malang bagi aku sekali lagi apabila, semasa mereka lawan Pasukan SMK Seri Pengkalan...shooter harapan aku yang satu-satu itu pulak cedera...GD pasukan lawan terpijak buku lalinya semasa dia jatuh...dia tidak dapat bangun menyebabkan aku terpaksa ganti pemain yang tidak boleh main...mujurlah pelajar di posisi lain memberi tentangan yang cukup baik menyebabkan jaring yang dilakukan oleh pihak lawan sedikit...ugh..syukur akhirnya  Pasukan aku terpilih ke peringkat akhir..tak pe lah walaupun hanya untuk tempat ke 4. Sekurang-kurangnya mereka hebat sebab tanpa GA dan GS yang baik mereka masih mampu menempatkan diri ke tempat ke 4..Tahniah dan syabas buat anak didik ku yang bertungkus lumus untuk berjaya....

Tuesday, April 24, 2012

Gotong Royong Asrama






Pada Sabtu lalu, 21 April 2012, gotong royong telah diadakan di asrama.GPK 1, HEM, GKMP Math dan Sains, semua Warden, penyelia, dan pelajar-pelajar asrama telah menjayakan program ini...

Monday, April 23, 2012

PESTA PANTUN

Semalam saya ditugaskan menjadi Hakim bagi Pesta Pantun daerah Alor Gajah. Seperti biasa selepas hadir ke sekolah dalam jam 8.45pagi aku bertolak ke sekolah yang menjadi penganjur Pesta Pantun...Taklimat diberikan, nampaknya syarat diperketatkan..bagi aku baguslah begitu kerana sekurang-kurangnya anak-anak ini boleh mempelajari perkara baru. Memang pantun warisan budaya kita masyarakat melayu, dan inilah sahaja puisi tradisional yang memang kita punya..puisi tradisional lain semuanya kita ambil sadur dari Timur Tengah dan kita asimilasikan menjadi budaya dan milik kita. Aku ditugaskan menilai dari sudut keindahan bahasa dan memang agak malang apabila peserta gagal menonjolkan keindahan bahasa dalam pantun. Menjadi bertambah malang apabila mereka menggunakan bahasa biasa yang tiada nilai estetikanya...di mana silap??? Pelajar sepatutnya telah belajar puisi tradisional ini sejak di tingkatan satu..dan rata-rata peserta adalah mereka yang dari menengah atas..bila sebut menengah atas tentunya pelajar tingkatan 4 dan 5. Hal ini bermakna telah 4 atau 5 tahun mereka belajar tentang pantun..paling-paling tidak 3 tahun atau 4 tahun mereka telah belajar tentang itu. Sedihnya apabila warisan budaya kita hanya menjadi perkara remeh bagi anak bangsa...siapa yang perlu memartabatkan, jika bukan kita bangsa melayu..

Thursday, April 19, 2012

Berlatih bola jaring tanpa tiang gol

tanpa tiang gol...

Malam semalam selepas melayari fb..melayan bicara bff...aku terjumpa video yang aku ambil dalam bulan februari...aku rasa ia amat menarik untuk dicoretkan di sini..sedang aku upload video tersebut di youtube, biarlah aku ceritakan sedikit kenapa dan bagaimana kisah ini terjadi.. seperti biasa aku diberi tugas untuk menjadi guru pembimbing pasukan bola jaring sekolah bawah 18 tahun..Kalau sebelum ini, semasa tugas baru diumumkan aku tidak kisah sama ada pelajar itu bawah 15 atau 18 tahun aku akan terus latih mereka..sebab aku fikir ia untuk sekolah dan apalah salahnya sekurang-kurangnya kakak-kakak senior boleh beri sedikit ilmu kepada adik-adik..Jadi aku pun latihlah pelajar lagipun latihan rasmi tidak bermula..pelajar pun tidak tahu lagi siapa guru yang bertanggungjawab. Selepas perjumpaan kali pertama pelajar yang berada di bawah kategori masing-masing bertemu guru pembimbing masing-masing..pelajar-pelajar terus di asing ikut kategori dan ikut rasa guru yang melatih mereka. Maka aku teruskan dengan tanggung jawab melatih pelajar bawah 18 tahun..Adatlah di sekolah pada awal-awal tahun ini terlalu banyak latihan permainan..pelajar lelaki dengan permainan mereka..hendak jadi cerita berlakulah sedikit salah faham antara aku dan guru SU sukan...aku dengan telus nya membicarakan kepada pelajar yang hendak kunci stor sukan asrama ...dengan menyatakan, saya tiada kunci stor tu..kan saya sudah serahkan biro sukan, lagi pun awak kan main tuk sekolah pakailah bola sekolah.....semasa dalam perjalanan balik ke bilik SU Peperiksaan..aku ditempelak oleh guru berkenaan yang sedang mendengar jawapan aku kepada pelajar tadi..aku agak terperanjat..katanya.:cikgu ainee..saya dimaklumkan, kunci tersebut hanya ada pada cikgu seorang je..lagipun dalam stor tu de bola sekolah....aku agak terkejut kerna disergah begitu dan tidak tahu pulak bola sekolah berada di stor asrama...dan pada hari berikutnya tiba-tiba tiang gol bola jaring yang sepatutnya berada di tepi tangga hilang...dan semasa hendak menjalankan latihan pelajar pun bagi tahu..tiang tersebut tidak terdpaat di tempat selalu..kebetulan latihan dijalankan pada hujung minggu..pad masa itu ALLAH sahaja tahu geramnya..aku terus telefon GPK Koku untuk bertanyakan hal tersebut..dan GPK Koku memaklumkan tiang itu disimpan oleh guru berkenaan dan maklumat dari rakan yang lain, dia melihat pada hari tersebut, guru berkenaan minta pelajar angkat tiang gol( yang memang sejak 2006 terletak di situ) masuk ke dalam stor, jadi suka tidak suka aku teruskan juga latihan dengan meminta dua orang pelajar jadi tiang gol..terasa gelihati juga melihat gelagat student yang jadi tiang gol hingga menyebabkan aku merakamnya...

Tuesday, April 17, 2012

kehilangan idea..

tidak pasti apa yang hendak dicoretkan di ruangan ini..Walaupun banyak perkara hendak dikatakan, hendak di buat tetapi tiba-tiba idea tak muncul-muncul juga...entahlah bila terlalu banyak perkara yang difikirkan maka hilang semua sekali...oklah semoga ada perkataan yang akan membantu untuk saya menulis semula..jumpa pada masa akan datang..

tidak ada mood..

selepas kembali daripada perkhemahan minggu lalu..terus week end dan sambung cuti Sempena Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah..hari ini kembali bertugas tetapi perasaan malas melanda..menyebabkan tidak ada mood...apatah lagi bila masuk kelas, murid tidak ada dalam kelas, rupanya mereka pergi ke makmal sains masa sejarah menyebabkan mereka lambat masuk kelas aku..ugh..marahnya...bila pusing ke belakang kelas mereka macam tongkang pecah..tidak berkemas..kena ambik masa aku lagi untuk meyapu kelas dan sebagainya..perghhhh..angin satu badan...geram tidak terhingga...

Wednesday, March 14, 2012

tingkah laku agresif

Terima kasih kepada Lt. Kol (DR) Lotfi Anuar yang menulis tentang "MENANGANI TINGKAH LAKU AGRESIF". Memetik kata-kata daripada Doktor Lotfi, mereka yang menunjukkan tingkah laku agresif ini biasanya mengalami kecacatan di bahagian otak yang dipanggil prefronal cortex. Bagi manusia normal pula, jika mereka melakukan tingkah laku agresif adalah kerana kemahuan mereka tidak dituruti atau pun keselamatan diri mereka terancam...
TIP_TIP BILA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG AGRESIF:
1. telefon 991, segera maklumkan tempat kejadian, bentuk perlakuan dan senjata yang digunakan jika ada.
2. larikan diri dengan segera.
3. Seandainya anda gagal melarikan diri, anda perlu menjaga keselamatan diri anda sementara menunggu bantuan sampai..di samping itu anda jangan panik atau melawan kerana sudah menjadi kebiasaan orang yang sedang marah..mereka akan marah sehingga sampai satu titik atau kemuncak. Selepas kemuncak mereka akan reda sedikit demi sedikit.
4. seandainya individu tersebut membawa senjata jangan memandai-mandai hendak merebut senjata tersebut. Cuma perhatikan sahaja tingkah laku dia dan kekalkan jarak anda dengannya. Pastikan jarak anda dengan individu tersebut benar-benar selamat. Sebagai contoh parang, pisau atau senjata jika di libas tidak akan kena anda, jika tidak bersenjata pastikan jika dia menendang, tendangannya tidak akan terkena anda.
5. cuba berbual dengannya, cuba tunjukkan simpati anda kepadanya.
6. pastikan anda menyimpan nombor-nombor yang boleh membantu anda segera, pastikan pada apa keadaan anda boleh mendail nombor berkenaan..
Pada apa jua keadaan doa adalah paling mustajab...berdoalah agar ALLAH memelihara kita daripada manusia sebegini, kerana kita adalah insan yang lemah..
Seperkara lagi setiap apa yang berlaku merupakan ujian ALLAH. Hanya hamba yang mampu sahaja di uji oleh ALLAH, kerana ALLAH menyayangi kita...

Sunday, March 11, 2012

ribut matahari

video platformvideo managementvideo solutionsvideo player

mungkin ramai tidak tahu bahawa ribut matahari telah berlaku pada hari khamis yang lalu iaitu 8mac 2012.. Apa yang berlaku pada hari ini merupakan kesan langsung daripada kejadian fenomena alam ini..sila klik pada link untuk melihat betapa besarnya kuasa ALLAH...

perkampungan ilmu

seperti telah menjadi kelaziman bagi pihak sekolah mengadakan perkampungan ilmu untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Pengisian dalam perkampungan ilmu ini semamangnya padat. Seandainya pelajar dapat menjiwai dan menghadiri bersama hati yang tulus dan ikhlas untuk mendapatkan ilmu buat persiapan mereka menduduki peperiksaan pada hujung tahun ini, pasti mereka mendapat info-info baru dan memantapkan teknik-teknik menjawap yang telah diajar oleg guru. Pengisian perkampungan ilmu pada kali ini memang agak memberangsangkan, dalamnya terdapat teknik menjawap yang diberikan oleh penceramah luar yang terdiri daripada guru pakar, guru cemerlang, penanda kertas, dan mereka yang hebat dalam bidang mereka. Pihak sekolah mengeluarkan beribu ringgit untuk menjayakan program ini tetapi malangnya terdapat segelintir pelajar yang langsung tidak mempedulikan apa yang pihak sekolah usahakan. Timbul rasa sedih dan terkilan dalam hati kerana satu pihak sahaja yang bersungguh-sungguh memberi tetapi pihak yang menerima ambil sambil lewa sahaja..aku menjadi sangat terkilan kerana melihatkan tingkah laku pelajar-pelajar yang ingin dibimbing ke arah kecemerlangan tetapi mereka menolak. Ada juga yang tidak mahu langsung mengikutinya dengan pelbagai alasan, kenduri kahwinlah, nak katam Al-Quran masa kakak kahwinlah, emak dan keluarga hendak bercutilah..peliknya di sini ibu bapa pun sama memainkan peranan agar anak-anak mereka tidak perlu mengikuti program ini. Terbetik di hati aku, apakah yang ada dalam fikiran ibu bapa dan anak-anak ini? Adakah mereka menganggap program yang diadakan ini untuk pihak sekolah? Apakah mereka tidak dapat melihat kebaikan dan manfaat yang bakal anak-anak mereka dapati? Jika pihak sekolah tidak mengadakan program dalam mesyuarat PIBG lantang menyuarakan..kononnya pihak sekolah tidak buat apa-apa untuk anak-anak mereka.Bertambah malang lagi yang mengikuti atau yang hadir dalam perkampungan ilmu pula tidak langsung hendak mematuhi jadual yang telah disediakan. Ada yang sibuk menjawap soalan UPP1 yang mereka tidak ambil, sibuk dengan latihan bola tampar, sepak takraw, pertandingan olahraga..dan yang lagi sedihnya apabila mereka gagal mengikuti jadual..sepatutnya waktu tidur mereka kenalah tidur sebab pagi esok jadual ceramah agak padat..tetapi tidak, mereka bermain sepak takraw, bola tampar, badminton dan ping pong hingga pukul 1.00pagi. Esoknya mereka lewat bangun dan akhirnya penceramah kena tunggu mereka. Kalau lewat setakat lima ke sepuluh minit, masih oklah tetapi setengah jam empat puluh minit? Siapa yang salah? Bila ikuti ceramah, masuk sahaja jam sembilan pagi masing-masing sudah terkuap-kuap dan asyik minta izin keluar untuk ke tandas..akhirnya apakah yang mereka peroleh?? akibat lewat tidur akhirnya jadual Qiaimulai yang dijadualkan tidak dapat dijalankan kerana pelajar tidak boleh bangun...mana silap?? salah siapa???

Saturday, March 10, 2012

sibuk

biasalah..apabila sesi persekolahan bermula..tugas seorang guru sentiasa menanti..sibuk memanjang..sehingga tidak ada masa untuk singgah di blog ini..
azam ari tu macam nak hari-hari menulis tetapi kekangan masa menyebabkan blog ini menyepi..dan setiap hari membawa cerita sendiri..sekarang sudah pertengahan mac..sibuk masih macam biasa..sibuk dengan persediaan pertandingan-pertandingan aktiviti koku..seperti biasa tugas yang diberi guru pembimbing kadet polis dan bola jaring...bila tumpu kat kadet polis...bola jaring tertinggal..sebab budak kadet polis juga budak bola jaring..uhg.. poning sebenarnya tetapi suka tidak suka kenalah buat juga. semoga usaha membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Sunday, February 12, 2012

tahun 2012

Bila muncul tahun baru maka azam pun baru...tapi azam lama masih tak tentu tercapai lagi..tapi pada hakikatnya azam tu lebih kurang je dengan yang lama.. nak wat keja lebih sistematiklah..hendak buat semua ikut perkelilinglah dan sebagainya....
menjelang tahun baru ini, pelbagai ragam murid dan ibu bapa... letih juga melayan kerenah semua...
Kita sebagai manusia telah menjadi kelaziman ingin memberikan kepuasan pada diri sendiri sehingga terlupa hak orang lain..masing-masing ada cerita tersendiri untuk memenuhi kehendak dan kepuasan diri...jadi kadangkala bukan semua kehendak dan kepuasan diri mampu orang penuhi..jadi kena fahamlah...