My Blog List

Sunday, March 11, 2012

perkampungan ilmu

seperti telah menjadi kelaziman bagi pihak sekolah mengadakan perkampungan ilmu untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Pengisian dalam perkampungan ilmu ini semamangnya padat. Seandainya pelajar dapat menjiwai dan menghadiri bersama hati yang tulus dan ikhlas untuk mendapatkan ilmu buat persiapan mereka menduduki peperiksaan pada hujung tahun ini, pasti mereka mendapat info-info baru dan memantapkan teknik-teknik menjawap yang telah diajar oleg guru. Pengisian perkampungan ilmu pada kali ini memang agak memberangsangkan, dalamnya terdapat teknik menjawap yang diberikan oleh penceramah luar yang terdiri daripada guru pakar, guru cemerlang, penanda kertas, dan mereka yang hebat dalam bidang mereka. Pihak sekolah mengeluarkan beribu ringgit untuk menjayakan program ini tetapi malangnya terdapat segelintir pelajar yang langsung tidak mempedulikan apa yang pihak sekolah usahakan. Timbul rasa sedih dan terkilan dalam hati kerana satu pihak sahaja yang bersungguh-sungguh memberi tetapi pihak yang menerima ambil sambil lewa sahaja..aku menjadi sangat terkilan kerana melihatkan tingkah laku pelajar-pelajar yang ingin dibimbing ke arah kecemerlangan tetapi mereka menolak. Ada juga yang tidak mahu langsung mengikutinya dengan pelbagai alasan, kenduri kahwinlah, nak katam Al-Quran masa kakak kahwinlah, emak dan keluarga hendak bercutilah..peliknya di sini ibu bapa pun sama memainkan peranan agar anak-anak mereka tidak perlu mengikuti program ini. Terbetik di hati aku, apakah yang ada dalam fikiran ibu bapa dan anak-anak ini? Adakah mereka menganggap program yang diadakan ini untuk pihak sekolah? Apakah mereka tidak dapat melihat kebaikan dan manfaat yang bakal anak-anak mereka dapati? Jika pihak sekolah tidak mengadakan program dalam mesyuarat PIBG lantang menyuarakan..kononnya pihak sekolah tidak buat apa-apa untuk anak-anak mereka.Bertambah malang lagi yang mengikuti atau yang hadir dalam perkampungan ilmu pula tidak langsung hendak mematuhi jadual yang telah disediakan. Ada yang sibuk menjawap soalan UPP1 yang mereka tidak ambil, sibuk dengan latihan bola tampar, sepak takraw, pertandingan olahraga..dan yang lagi sedihnya apabila mereka gagal mengikuti jadual..sepatutnya waktu tidur mereka kenalah tidur sebab pagi esok jadual ceramah agak padat..tetapi tidak, mereka bermain sepak takraw, bola tampar, badminton dan ping pong hingga pukul 1.00pagi. Esoknya mereka lewat bangun dan akhirnya penceramah kena tunggu mereka. Kalau lewat setakat lima ke sepuluh minit, masih oklah tetapi setengah jam empat puluh minit? Siapa yang salah? Bila ikuti ceramah, masuk sahaja jam sembilan pagi masing-masing sudah terkuap-kuap dan asyik minta izin keluar untuk ke tandas..akhirnya apakah yang mereka peroleh?? akibat lewat tidur akhirnya jadual Qiaimulai yang dijadualkan tidak dapat dijalankan kerana pelajar tidak boleh bangun...mana silap?? salah siapa???

No comments: