Musim Raya sudah pun berlalu. Sekarang merupakan musim tegang dan tension bagi warga sekolah di Malaysia. Mana tidaknya, sekarang ini merupakan musim peperiksaaan. Bermacam peperiksaan yang akan berlangsung di Malaysia. Pada 11 September nanti murid-murid sekolah rendah akan menduduki peperiksaan UPSR. Sekarang mereka sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan diri masing-masing untuk peperiksaa. Hal ini termasuklah anak aku Muhammad Amiruddin yang bakal menduduki UPSR 11 September nanti. Nampak agak tegang sekarang Amir...aku cuma mendoakan agar Amir boleh menjawab dengan baik.
Aku faham anak aku seorang ini tertinggal banyak perkara berikutan kesilapan orang tuanya, tetapi apa yang mampuku lakukan. Masa yang lalu tidak mungkin dapat aku kembalikan. Amir anakku seorang ini pengidap dileksia..dan aku ketahui apabila anakku ini kembali ke pangkuanku setahun yang lalu. Jadi setahun lalulah baru aku dapatkan status OKU untuk dia. Semasa dia kembali aku lihat keadaan dia sangat teruk kerana membaca pun dia gagal. Semasa aku berusaha pindahkan anak aku ke SK Pulau Sebang dari SK Dato Naning, cikgu-cikgu SK Dato Naning melabelkan anak aku ni sebagai pelajar bermasalah berikutan hampir 4tahun anakku ini berada di kelas pemulihan..sayangnya seorang pun tidak perasan yang dia ini dileksia...memang aku kecewa sangat tetapi aku aku mampu buat...
Aku cuba juga berusaha agar dia tidak ketinggalan jauh. Alhamdulillah sekarang ini dia sudah boleh membaca walaupun tidak selancar rakan seusia dia tetapi sekurang-kurangnya banyak perubahan yang aku lihat dalam setahun ini. Aku cuma mampu berdoa agar Amir dapat menjawab peperiksaan UPSRnya setakat yang termampu.
Semalam aku hantar dia belajar BI dengan Anis dan aku lihat dia minat untuk belajar mungkin kerana dia sudah faham apa yang hendak dilakukan dengan tulisan-tulisan di atas kertas yang berada di tangannya..Bukan aku tidak mengharapkan kejayaannya seperti kanak-kanak yang lain tetapi aku sedar kemampuan anakku ini. Aku rasa kalau kanak-kanak seusianya pun tidak mampu buat kalau dalam masa setahun ini dia kena belajar semua..bukan setahun tetapi beberapa bulan ini. Sepanjang setahun dia berada di kelas Pendidikan khas hanya untuk membaca, mengira..belajar yang basic-basic je.. tanpa belajar silibus yang bakal dia akan diuji.. Keputusan peperiksaan percubaan yang Amir terima hari itu banyak menyedarkan aku betapa anak aku seorang ini kena berjuang bermati-matian dan aku juga terpaksa korbankan banyak masa semata-mata hendak melihat anak aku boleh dan mampu menjawab soalan yang bakal dikemukakan..Aku banyak berdoa..semoga ALLAH mendengar doa aku ini...
No comments:
Post a Comment