Terima kasih kepada Lt. Kol (DR) Lotfi Anuar yang menulis tentang "MENANGANI TINGKAH LAKU AGRESIF". Memetik kata-kata daripada Doktor Lotfi, mereka yang menunjukkan tingkah laku agresif ini biasanya mengalami kecacatan di bahagian otak yang dipanggil prefronal cortex. Bagi manusia normal pula, jika mereka melakukan tingkah laku agresif adalah kerana kemahuan mereka tidak dituruti atau pun keselamatan diri mereka terancam...
TIP_TIP BILA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG AGRESIF:
1. telefon 991, segera maklumkan tempat kejadian, bentuk perlakuan dan senjata yang digunakan jika ada.
2. larikan diri dengan segera.
3. Seandainya anda gagal melarikan diri, anda perlu menjaga keselamatan diri anda sementara menunggu bantuan sampai..di samping itu anda jangan panik atau melawan kerana sudah menjadi kebiasaan orang yang sedang marah..mereka akan marah sehingga sampai satu titik atau kemuncak. Selepas kemuncak mereka akan reda sedikit demi sedikit.
4. seandainya individu tersebut membawa senjata jangan memandai-mandai hendak merebut senjata tersebut. Cuma perhatikan sahaja tingkah laku dia dan kekalkan jarak anda dengannya. Pastikan jarak anda dengan individu tersebut benar-benar selamat. Sebagai contoh parang, pisau atau senjata jika di libas tidak akan kena anda, jika tidak bersenjata pastikan jika dia menendang, tendangannya tidak akan terkena anda.
5. cuba berbual dengannya, cuba tunjukkan simpati anda kepadanya.
6. pastikan anda menyimpan nombor-nombor yang boleh membantu anda segera, pastikan pada apa keadaan anda boleh mendail nombor berkenaan..
Pada apa jua keadaan doa adalah paling mustajab...berdoalah agar ALLAH memelihara kita daripada manusia sebegini, kerana kita adalah insan yang lemah..
Seperkara lagi setiap apa yang berlaku merupakan ujian ALLAH. Hanya hamba yang mampu sahaja di uji oleh ALLAH, kerana ALLAH menyayangi kita...
1 comment:
Dr Lotfi pernah menjadi rakan sekerja semasa akak bertugas di Hospital ANgkatan Tentera Tuanku Mizan, masa itu kalau Ain nak berkenalan dengan dia supaya boleh berhubung untuk mendapatkan pandangan lebih mudah. Pernah dengar Dr Lotfi ada tulis buku tetapi tak pernah terjumpa buku dia.
Post a Comment