Bersarapan di Tangkak. |
Abang aku yang ketiga dan keempat...Bang Zman dan Bang Zmee |
Pada hari raya keempat, semua sepakat hendak menyambut kepulangan Bang Nan dari umrah. Kami sekeluarga bergerak pada jam sembilan lebih pagi, pada perancangannya memang hendak bergerak jam sembilan pagi. Rancangan hendak breakfast di Sempang Bekoh tetapi terlalu ramai menyebabkan kami meneruskan perjalanan sehingga ke Tangkak. Dalam perjalanan kami berjumpa dengan kedai makan.Kami semua bersarapan pagi di kedai ini. Memang diakui roti canai dan sambal tumisnya memang sedap. Kami keluarga yang terakhir sapu bersih sambal tumisnya...
Pada petangnya sesampai di Kota Tinggi rumah Bang Nan dan Kak Norshema aku meneman Kak Shema beraya ke rumah bapanya tetapi tidak disangka berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku di rumah Bang Nan. Sebagai adik aku terus terang aku juga turut terasa..cubit peha kanan peha kiri terasa..aku berfikir sehingga ke hari ini kenapa boleh keluar perkataan itu...diharap semua orang memikirkannya..biasalah kami dididik bila buat salah perlu ditegur, jika ditegur baik tidak boleh betul maka akan ditegur secara keras agar boleh diperbetulkan kesalahan dan kesilapan. Tidak perlulah perkara itu dijadikan alasan......
Anak-anak Bujang...sedang menunggu Pak Ngahnya balik dari umrah |
Bang Nan memeluk emak sebaik sahaja sampai di Masjid di Johor |
No comments:
Post a Comment