PERINGKAT AWAL.. |
PERINGKAT FINAL 27 APRIL |
INILAH WAJAH-WAJAH ANAK DIDIKKU YANG BERUSAHA UNTUK MENAIKKAN NAMA SMASRA...SEK. MEN.ARAB(JAIM) AL-ASYRAF
Selepas menempuh pelbagai dugaan akhirnya tibalah waktu untuk pelajar bawah bimbingan aku (Pasukan Bola Jaring Bawah 18tahun) beraksi... Dugaan yang sangat getir sehingga aku merasakan harapan untuk masuk ke pusingan seterusnya tidak akan ada, apabila aku kehilangan seorang penjaring gol aku..GS aku cedera semasa dia menyertai kejohanan olahraga peringkat MSS Alor Gajah.. nampaknya dia tidak boleh beraksi dan aku terpaksa masukkan pelajar yang baru aku latih kerana aku tiada pilihan lain...aku cuma berharap untung sabut timbul untung batu tenggelam...Dengan berbekalkan kekuatan tanpa penjaring yang baik aku pasrah untuk menentang pasukan bola jaring sekolah sekitar Alor Gajah..seramai 9 pasukan bertanding pada 26hb April yang lalu..Aku yakin kepada pelajar yang berada di posisi lain..kerana mereka anak didik aku sejak mereka menengah rendah lagi...Masa perlawanan pertama, memang agak memalukan kerana GA dan GS aku sangat teruk..dan terus terang aku sangat yakin kami akan balik dan tidak akan ke peringkat seterusnya..Namun aku tetap memberi semangat dan dorongan...dan mereka juga agak teruja apabila UMMI yang membantu membimbing mereka hadir pada perlawanan seterusnya...tidak sangka mereka boleh menang dengan Pasukan Kolej Vokasional Alor Gajah...tak sangka juga sebab mereka boleh lakukan...perlawanan berterusan tetapi malang bagi aku sekali lagi apabila, semasa mereka lawan Pasukan SMK Seri Pengkalan...shooter harapan aku yang satu-satu itu pulak cedera...GD pasukan lawan terpijak buku lalinya semasa dia jatuh...dia tidak dapat bangun menyebabkan aku terpaksa ganti pemain yang tidak boleh main...mujurlah pelajar di posisi lain memberi tentangan yang cukup baik menyebabkan jaring yang dilakukan oleh pihak lawan sedikit...ugh..syukur akhirnya Pasukan aku terpilih ke peringkat akhir..tak pe lah walaupun hanya untuk tempat ke 4. Sekurang-kurangnya mereka hebat sebab tanpa GA dan GS yang baik mereka masih mampu menempatkan diri ke tempat ke 4..Tahniah dan syabas buat anak didik ku yang bertungkus lumus untuk berjaya....
No comments:
Post a Comment