My Blog List
Thursday, April 19, 2012
tanpa tiang gol...
Malam semalam selepas melayari fb..melayan bicara bff...aku terjumpa video yang aku ambil dalam bulan februari...aku rasa ia amat menarik untuk dicoretkan di sini..sedang aku upload video tersebut di youtube, biarlah aku ceritakan sedikit kenapa dan bagaimana kisah ini terjadi..
seperti biasa aku diberi tugas untuk menjadi guru pembimbing pasukan bola jaring sekolah bawah 18 tahun..Kalau sebelum ini, semasa tugas baru diumumkan aku tidak kisah sama ada pelajar itu bawah 15 atau 18 tahun aku akan terus latih mereka..sebab aku fikir ia untuk sekolah dan apalah salahnya sekurang-kurangnya kakak-kakak senior boleh beri sedikit ilmu kepada adik-adik..Jadi aku pun latihlah pelajar lagipun latihan rasmi tidak bermula..pelajar pun tidak tahu lagi siapa guru yang bertanggungjawab. Selepas perjumpaan kali pertama pelajar yang berada di bawah kategori masing-masing bertemu guru pembimbing masing-masing..pelajar-pelajar terus di asing ikut kategori dan ikut rasa guru yang melatih mereka. Maka aku teruskan dengan tanggung jawab melatih pelajar bawah 18 tahun..Adatlah di sekolah pada awal-awal tahun ini terlalu banyak latihan permainan..pelajar lelaki dengan permainan mereka..hendak jadi cerita berlakulah sedikit salah faham antara aku dan guru SU sukan...aku dengan telus nya membicarakan kepada pelajar yang hendak kunci stor sukan asrama ...dengan menyatakan, saya tiada kunci stor tu..kan saya sudah serahkan biro sukan, lagi pun awak kan main tuk sekolah pakailah bola sekolah.....semasa dalam perjalanan balik ke bilik SU Peperiksaan..aku ditempelak oleh guru berkenaan yang sedang mendengar jawapan aku kepada pelajar tadi..aku agak terperanjat..katanya.:cikgu ainee..saya dimaklumkan, kunci tersebut hanya ada pada cikgu seorang je..lagipun dalam stor tu de bola sekolah....aku agak terkejut kerna disergah begitu dan tidak tahu pulak bola sekolah berada di stor asrama...dan pada hari berikutnya tiba-tiba tiang gol bola jaring yang sepatutnya berada di tepi tangga hilang...dan semasa hendak menjalankan latihan pelajar pun bagi tahu..tiang tersebut tidak terdpaat di tempat selalu..kebetulan latihan dijalankan pada hujung minggu..pad masa itu ALLAH sahaja tahu geramnya..aku terus telefon GPK Koku untuk bertanyakan hal tersebut..dan GPK Koku memaklumkan tiang itu disimpan oleh guru berkenaan dan maklumat dari rakan yang lain, dia melihat pada hari tersebut, guru berkenaan minta pelajar angkat tiang gol( yang memang sejak 2006 terletak di situ) masuk ke dalam stor, jadi suka tidak suka aku teruskan juga latihan dengan meminta dua orang pelajar jadi tiang gol..terasa gelihati juga melihat gelagat student yang jadi tiang gol hingga menyebabkan aku merakamnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kalau guru mengajar anak muridnya mencuri dan menyorokkan sesuatu... 2 implikasi mungkin berlaku. 1. anak murid mengambil arah/ ajaran ini sebagai betul dan dibawa sehingga tamat sekolah dalam kehidupan hariannya. dan 2. anak murid pengikut guru ini sudah pasti akan tidak menghormati guru-guru lain kerana kepadanya 'gurunya' sebagai pengebalnya/ benteng. Malang sungguh adanya guru sebegini. Mungkin guru ini tidak layak menjadi guru kerana terlalu mengikut perasaan dan malang sungguh masyarakat yang mempunyai guru sebegini. Bagi guru-guru fikirlah bahawa anda merupakan pembimbing kepada pemimpin yang akan datang dan bukannya mendidik kepada pendemdam, pencuri dan perompak. Fikir-fikirkanlah. Allah peliharalah guru-guru supaya mereka menjadi pembimbing yang mengikut landasan Islam.
MUNGKIN MEREKA JADI GURU KERANA TIADA PEKERJAAN LAIN..MUNKIN JUGA MEREKA INGAT JADI GURU SENANG..MANA TAU ZAMAN BERUBAH...
Post a Comment