Semalam saya ditugaskan menjadi Hakim bagi Pesta Pantun daerah Alor Gajah. Seperti biasa selepas hadir ke sekolah dalam jam 8.45pagi aku bertolak ke sekolah yang menjadi penganjur Pesta Pantun...Taklimat diberikan, nampaknya syarat diperketatkan..bagi aku baguslah begitu kerana sekurang-kurangnya anak-anak ini boleh mempelajari perkara baru. Memang pantun warisan budaya kita masyarakat melayu, dan inilah sahaja puisi tradisional yang memang kita punya..puisi tradisional lain semuanya kita ambil sadur dari Timur Tengah dan kita asimilasikan menjadi budaya dan milik kita. Aku ditugaskan menilai dari sudut keindahan bahasa dan memang agak malang apabila peserta gagal menonjolkan keindahan bahasa dalam pantun. Menjadi bertambah malang apabila mereka menggunakan bahasa biasa yang tiada nilai estetikanya...di mana silap??? Pelajar sepatutnya telah belajar puisi tradisional ini sejak di tingkatan satu..dan rata-rata peserta adalah mereka yang dari menengah atas..bila sebut menengah atas tentunya pelajar tingkatan 4 dan 5. Hal ini bermakna telah 4 atau 5 tahun mereka belajar tentang pantun..paling-paling tidak 3 tahun atau 4 tahun mereka telah belajar tentang itu. Sedihnya apabila warisan budaya kita hanya menjadi perkara remeh bagi anak bangsa...siapa yang perlu memartabatkan, jika bukan kita bangsa melayu..
No comments:
Post a Comment