My Blog List

Saturday, March 10, 2012

sibuk

biasalah..apabila sesi persekolahan bermula..tugas seorang guru sentiasa menanti..sibuk memanjang..sehingga tidak ada masa untuk singgah di blog ini..
azam ari tu macam nak hari-hari menulis tetapi kekangan masa menyebabkan blog ini menyepi..dan setiap hari membawa cerita sendiri..sekarang sudah pertengahan mac..sibuk masih macam biasa..sibuk dengan persediaan pertandingan-pertandingan aktiviti koku..seperti biasa tugas yang diberi guru pembimbing kadet polis dan bola jaring...bila tumpu kat kadet polis...bola jaring tertinggal..sebab budak kadet polis juga budak bola jaring..uhg.. poning sebenarnya tetapi suka tidak suka kenalah buat juga. semoga usaha membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Sunday, February 12, 2012

tahun 2012

Bila muncul tahun baru maka azam pun baru...tapi azam lama masih tak tentu tercapai lagi..tapi pada hakikatnya azam tu lebih kurang je dengan yang lama.. nak wat keja lebih sistematiklah..hendak buat semua ikut perkelilinglah dan sebagainya....
menjelang tahun baru ini, pelbagai ragam murid dan ibu bapa... letih juga melayan kerenah semua...
Kita sebagai manusia telah menjadi kelaziman ingin memberikan kepuasan pada diri sendiri sehingga terlupa hak orang lain..masing-masing ada cerita tersendiri untuk memenuhi kehendak dan kepuasan diri...jadi kadangkala bukan semua kehendak dan kepuasan diri mampu orang penuhi..jadi kena fahamlah...

Tuesday, May 31, 2011

Pantun Empat Kerat(Pantun Budi)

Pantun ini mengandungi mesej tentang amalan budi bahasa dalam kehidupan . Budi yang baik akan dikenang orang. Di samping mendidik ke arah amalan berbudi bahasa.
Terang bulan terang di paya
      Anak kambing memakan rumput
Jika tak kenang kepada saya
     Nama yang baik tidak tersebut

Maksud pantun bagi rangkap ini ialah jika kita tidak dikenang oleh orang lain maka apa sahaj kebaikan yang kita lakukan tidak juga akan dikenang.

Anak merak mati tersangkut
     Mati dipanah Seri Rama
Resam di dunia juga disebut
    Orng yang mati meninggalkan nama
Maksud pantun bagi rangkap di atas ialah pada adat dan resam di dunia seseorang yang telah meninggal dunia akan disebut orang sama ada yang baik maupun yang buruk.

Tuesday, January 25, 2011

perubahan

sudah tiba masanya untuk berubah....begitulah adat dalam hidup ini...keadaan ini sama sahaja walau di mana-mana kita berada...jika inginkan kemajuan maka kita perlu berubah..berubah demi masa depan yang lebih baik dan gemilang.....bukan zaman sahaja berubah sikap dan pengetahuan perlu berubah....keadaan ini berlaku juga suka atau tak suka kita kena terima...jika ingin meletakkan diri bersama dalam kalangan masyarakat maka kita perlu terima dengan dada dan minda terbuka, tapi pe pun situasi kita perlu ikhlas dalam menjalani pe jua kehidupan ini..insyaallah ALLAH ganjarannya sangat besar....amin..

Monday, January 10, 2011

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

http://youtu.be/eVAvLD0zjIA

gelagat anak-anak

Baru dua minggu sekolah dibuka...bagi kami sekolah berasrama bukan sahaja kena melayan pelajar baru tingkatan 1 di sekolah tetapi juga di asrama. Seminggu berlalu macam-macam kerenah anak-anak yang baru nak belajar berdikari ini kami hadapi...ada yang menangis takut...ada yang menangis ingat kat rumah ada yang mengadu demam..ada yang mengadu itu dan ini bila melihat air mata mereka mengalir....aku juga turut terharu...ada nak pindah sekolah...aku usaha yang mana termampu dan yang mana dapat untuk membantu anak-anak kecil ini...terharu melihat mereka mengalirkan air mata almaklumlah pengalaman pertama berpisah dari ibu bapa...tapi itulah cara untuk memberi daya ketahanan fizikal dan mental...sampai bila anak-anak nak berada di bawah ketiak ibu bapakan....tapi tabik la pada ibu bapa yang sangat menyokong pihak sekolah..kami pun sememangnya berusaha tuk masa depan anak-anak pewaris bangsa ini...semuga anak-anak ini tabah dan berjaya mengharungi cabaran kecil ini..