My Blog List

Tuesday, May 14, 2013

Setelah 5 bulan berada di IPGKTI

Wah..lama sungguh aku tidak melihat blog aku ni. Sibuk sangat setelah berada di IPGKTI ini, sibuk dengan kuliah, sibuk dengan kursus, kena menghadiri Kursus Induksi Pensyarah Baru..wah penat sungguh. Sekarang pelajar sedang menghadapi peperiksaan akhir semester 1, maka adalah ruang untuk aku melihat blog ini kembali..sudah tidak tahu berapa kali aku kembali..sekali kembali kemudian hilang kembali..tidak tahu, mungkin kekangan masa dan keletihan menyebabkan kadang kala blog ini jadi seperti biskut chipmore.. tak pe lah, mungkin apabila datang sesekali mungkin dapat idea sedikit untuk menulis.. tugas di sini memang agak rencam..walau bagaimana pun seronok gak..dan perkembangan terbaru ialah pada petang ini nanti kami kumpulan koir IPGKTI akan ada rehesal penuh untuk persembahan sambutan hari guru Peringkat Negeri Johor.
I Am For You
 Sebagai orang baru maka selalu aku orang baru di sini di hantarkan nama..tapi ok juga, seronok juga sebab dapat pengalaman baru. Contoh seperti penyertaan ke dalam pasukan Koir ini setidak-tidaknya aku dapat sikit ilmu tentang nyanyian (koir) dan sedikit sebanyak dapat juga 'release' tension.. seronok sebenarnya...

skor Terukir di Bintang

Sunday, January 13, 2013

kembali buat kali ke2

Kali ini kembali dalam situasi yang berbeza. Kalau dulu aku mengajar di sekolah menengah tetapi kali ini aku kembali dengan jawatan baru..Alhamdulillah rezeki yang ALLAH kurniakan. Mungkin inilah balasan atas kesabaran, pahit getir dan pengorbanan yang aku tempohi..alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH..aku kini di tempatkan di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru. Suasana yang amat berbeza..alhamdulillah aku cepat dapat menyesuaikan diri..memang agak mengejut apabila pada 2 Januari 2013, aku mulakan tugas di Jabatan Ilmu Pendidikan tiba-tiba aku di arahkan masuk kelas selama 5 jam.. bermula 7.45 pagi sehingga 1.15 petang..memang aku termanggu..dan terkejut. Tanpa bersedia aku masuk ke kelas, mujurlah rakan-rakan di sini telah memberi aku bahan dan dengan bahan yang ada aku gagahi masuk ke kelas..mujur subjek yang diberi subjek aku di UKM..lega sikit..

Wednesday, September 5, 2012

Petua Mengesan Sihir



Petua Mengesan Kehadiran Sihir
Ihsan daripada Facebook: ENSAIKLOPEDIA PETUA_PETUA LAMA

1. Jika anda kerap mendengar bunyi berdesing dalam kepala menunjukkan anda disihir. Tukang sihir mungkin memuja roh anda dan menghantar jin/syaitan dalam roh anda. Kesihatan anda selepas itu merosot dari hari ke hari, badan selalu terasa lemah dan tidak bersemangat. Lama kelamaan akan mendapat penyakit misteri dan jika tidak diubati boleh merana dan membawa kematian
.

2. Untuk mematikan sihir yang dihantar kepada anda, amati bunyi desing dalam kepala. Jika tiba-tiba terasa bunyi berdesing dalam kepala anda, cepat-cepat baca “Auzubillah himinas syaito nirajim” dan terus membaca “Bismillah hirrah manirrahim”. Bunyi tersebut pasti akan berhenti. Ini bermakna syaitan yang cuba memasuki akan terbakar dan gagal memasuki roh anda untuk menyihir.

3. Setelah itu cepat-cepat minum air limau nipis dengan membaca 3 kul dan selawat syifak. Mandi air limau nipis samada waktu mghrib/pagi lepas subuh.

4. Untuk mengelak perbuatah sihir /buatan manusia jahat, rahsiakan tarikh lahir dan nama ibu anda. Jangan beri kepada orang sembarangan. Sihir berlaku melalui alam roh dan syaitan memasuki roh anda jika ia mengetahui tarikh lahir dan nama ibu anda.

Tuesday, September 4, 2012

Anakku Muhammad Amiruddin

Musim Raya sudah pun berlalu. Sekarang merupakan musim tegang dan tension bagi warga sekolah di Malaysia. Mana tidaknya, sekarang ini merupakan musim peperiksaaan. Bermacam peperiksaan yang akan berlangsung di Malaysia. Pada 11 September nanti murid-murid sekolah rendah akan menduduki peperiksaan UPSR. Sekarang mereka sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan diri masing-masing untuk peperiksaa. Hal ini termasuklah anak aku Muhammad Amiruddin yang bakal menduduki UPSR 11 September nanti. Nampak agak tegang sekarang Amir...aku cuma mendoakan agar Amir boleh menjawab dengan baik. 

Aku faham anak aku seorang ini tertinggal banyak perkara berikutan kesilapan orang tuanya, tetapi apa yang mampuku lakukan. Masa yang lalu tidak mungkin dapat aku kembalikan. Amir anakku seorang ini pengidap dileksia..dan aku ketahui apabila anakku ini kembali ke pangkuanku setahun yang lalu. Jadi setahun lalulah baru aku dapatkan status OKU untuk dia. Semasa dia kembali aku lihat keadaan dia sangat teruk kerana membaca pun dia gagal. Semasa aku berusaha pindahkan anak aku ke SK Pulau Sebang dari SK Dato Naning, cikgu-cikgu SK Dato Naning melabelkan anak aku ni sebagai pelajar bermasalah berikutan hampir 4tahun anakku ini berada di kelas pemulihan..sayangnya seorang pun tidak perasan yang dia ini dileksia...memang aku kecewa sangat tetapi aku aku mampu buat... 

Aku cuba juga berusaha agar dia tidak ketinggalan jauh. Alhamdulillah sekarang ini dia sudah boleh membaca walaupun tidak selancar rakan seusia dia tetapi sekurang-kurangnya banyak perubahan yang aku lihat dalam setahun ini. Aku cuma mampu berdoa agar Amir dapat menjawab peperiksaan UPSRnya setakat yang termampu. 
Semalam aku hantar dia belajar BI dengan Anis dan aku lihat dia minat untuk belajar mungkin kerana dia sudah faham apa yang hendak dilakukan dengan tulisan-tulisan di atas kertas yang berada di tangannya..Bukan aku tidak mengharapkan kejayaannya seperti kanak-kanak yang lain tetapi aku sedar kemampuan anakku ini. Aku rasa kalau kanak-kanak seusianya pun tidak mampu buat kalau dalam masa setahun ini dia kena belajar semua..bukan setahun tetapi beberapa bulan ini. Sepanjang setahun dia berada di kelas Pendidikan khas hanya untuk membaca, mengira..belajar yang basic-basic je.. tanpa belajar silibus yang bakal dia akan diuji.. Keputusan peperiksaan percubaan yang Amir terima hari itu banyak menyedarkan aku betapa anak aku seorang ini kena berjuang bermati-matian dan aku juga terpaksa korbankan banyak masa semata-mata hendak melihat anak aku boleh dan mampu menjawab soalan yang bakal dikemukakan..Aku banyak berdoa..semoga ALLAH mendengar doa aku ini...

Wednesday, August 29, 2012

Raya ke Tiga bersama keluarga yang lain

Beraya di Rumah Pak Cik Wahab

Pada raya ke dua abang aku, Azman daripada Kuantan bersama keluarganya balik ke Felda Bukit Senggeh. Manakala abang aku Azmee akan join kami di rumah Mak Lang di Kesang Tua.

 Biasalah bila balik beraya kami akan beraya bersama terutama pergi beraya  ke rumah saudara terdekat. Pagi raya ke tiga kami ke Tesco dahulu untuk belikan abang Adi handphone baru kebetulan handphone dia rosak.
Emak di Rumah Pak Cik Wahab
Emak setelah makan kuih raya

Semua ke Tesco dan makan tengahari di Selera Padang di Maidin MITC. Setelah itu kami pergi beraya di rumah Pak Cik Wahab, kawan baik arwah ayah.

Sepanjang Jalan Ke kota Tinggi.

Bersarapan di Tangkak.
Abang aku yang ketiga dan keempat...Bang Zman dan Bang Zmee

 Pada hari raya keempat, semua sepakat hendak menyambut kepulangan Bang Nan dari umrah. Kami sekeluarga bergerak pada jam sembilan lebih pagi, pada perancangannya memang hendak bergerak jam sembilan pagi. Rancangan hendak breakfast di Sempang Bekoh tetapi terlalu ramai menyebabkan kami meneruskan perjalanan sehingga ke Tangkak. Dalam perjalanan kami berjumpa dengan kedai makan.Kami semua bersarapan pagi di kedai ini. Memang diakui roti canai dan sambal tumisnya memang sedap. Kami keluarga yang terakhir sapu bersih sambal tumisnya...
Pada petangnya sesampai di Kota Tinggi rumah Bang Nan dan Kak Norshema aku meneman Kak Shema beraya ke rumah bapanya tetapi tidak disangka berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku di rumah Bang Nan. Sebagai adik aku terus terang aku juga turut terasa..cubit peha kanan peha kiri terasa..aku berfikir sehingga ke hari ini kenapa boleh keluar perkataan itu...diharap semua orang memikirkannya..biasalah kami dididik bila buat salah perlu ditegur, jika ditegur baik tidak boleh betul maka akan ditegur secara keras agar boleh diperbetulkan kesalahan dan kesilapan. Tidak perlulah perkara itu dijadikan alasan......
Anak-anak Bujang...sedang menunggu Pak Ngahnya balik dari umrah

Bang Nan memeluk emak sebaik sahaja sampai di Masjid di Johor


Tuesday, August 28, 2012

Berhari raya

Bergambar di pagi raya 2012
Di pusara ayah..tradisi yang masih diteruskan setiap pagi raya
Hari Raya pada tahun ini di sambut seperti tahun-tahun lalu walaupun hanya beberapa orang sahaja yang balik beraya kerana tahun ini giliran bagi abang-abang aku beraya di rumah mertua masing-masing. Manakala abang Adnan ku beraya di Tanah Suci kerana mengerjakan umrah pada 10 hari terakhir Ramadhan. Beruntung dia....