My Blog List

Thursday, November 25, 2010

hari yang memenatkan....entahlah sepatutnya waktu-waktu exam macam ni pelajar tak perlu la nak melakukan sebarang pelanggaran peraturan sekolah...tapi malangnya semakin nak peksa spm semakin menunjukkan kebiadapan....tak tau la...pe yang tak kena...bezanya anak-anak zaman ini sangat berani langsung tidak fikirkan tentang masa depan mereka..kalau zaman aku persekolahan dulu dah tentu saat ni aku dan rakan-rakan sepejuangan tidak akan bising-bising dan membawa haluan masing-masing...masa yang terluang akan membaca dan melihat soalan-soalan tahun-tahun lalu..tapi anak-anak zaman sekarang masa terluang bersms dan heboh dengan handphone masing-masing hingga terleka....

Sunday, November 21, 2010

cuti sekolah

biasanya pada cuti sekolah orang ramai akan mengambil cuti panjang untuk membawa anak-anak bercuti...ramai juga beranggapan cikgu juga akan cuti panjang...tapi itu anggapan kebanyakan orang kerana tidak pada diriku...mengikut surat perkeliling iktisas bil 5/1977 ..
50(a) "sebagai guru cuti rehat, guru-guru aalah berkelayakan mendapat cuti Penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa cuti penggal bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu"..
jadi sebagai guru biasanya kenalah membiasakan diri untuk bertugas semasa cuti penggal...redhala dan ikhlas dengan tugas..insyaallah ALLAH akan memberikan ganjaran...

Tuesday, November 16, 2010

aku dah kembali...

setelah begitu lama aku tidak mengunjungi blog..kini aku kembali setelah mendapat sedikit ilmu tentang blog...rasanya ilmu bertambah terutama tentang ict...kalau dulu aku menulis blog kanak-kanak awal aku hanya hantam saje...bak kata allayarham P. Ramlee...hantam saje la labu...tanpa banyak ilmu tentang blog...jadi blog awal itu agak padat tanpa sebarang keceriaan tapi kini aku rasa aku dah bersedia untuk meneruskan blog ini kembali...terima kasih buat kakak aku yang beriya-iya sangat suruh aku dan abang-abang yang lain buka blog dan menulis....
ok aku kini kembali.....

kembali dan insyaallah akan terus berada di sini......