My Blog List
Tuesday, December 28, 2010
KERENAH BIROKRASI
aku sedang berusaha untuk membawa anak aku berpindah ke sekolah yang berhampiran dengan sekolah aku...dalam dua hari ini aku asyik turun naik ke sekolah anakku...dan ke ppd alor gajah...setelah gagal mendapat kebenaran daripada sk dato' naning aku hubungi pegawai perhubungan ppd alor gajah dan dengan jasa baik beliau aku ditemukan dengan pegawai unit sekolah kebangsaan..beliau mengarahkan aku membuat surat akuan sumpah lantaran bapa anak aku tak mahu berkerjasama dalam proses perpindahan anak aku ini...dan dari pagi hingga tengahari ini aku berusaha mendapatkan surat akuan tersebut..dan membawa ke sk dato naning alor gajah...tetapi malangnya pihak pentadbir sekolah enggan juga membenarkan perpindahan tersebut dengan alasan hendak juga surat bertulis daripada bapa anak aku...puas juga aku terangkan tetapi guru besar tersebut masih juga berkeras hendak juga surat bertulis daripada bekas suami aku...aku pun tak faham kenapa guru besar dan pk 1 sekolah itu tidak faham dengan masalah aku ini...masalahnya jantan tersebut tidak ada di melaka dan berada di pahang dan jantan tersebut juga enggan bekerjasama...tak faham kerena birokrasi yang dilakukan tindakan beliau ini boleh menyebabkan anak aku tidak bersekolah pada sesi 2011.....hendak sahaja rasanya aku buat laporan ke kementerian pelajaran malaysia....
Friday, December 10, 2010
setelah balik dari mesyuarat di pd
Tuhan je tau penatnya badan aku ni...entah kenapa rasa macam tak seronok je...kenapa eak????banyak input yang aku dapat macam mana nak jadikan dia output...ya ALLAH berilah aku kekuatan nak selesaikan tugas yang di amanahkan ini...banyaknya kerja yang kena disiapkan....tak terimbas rasanya...tak terbuat rasanya..tension pun ada gak...... macam mana nak dapatkan kekuatan ni???? tu la tak de kerja cari kerja tapi bila kerja dah melambak mula lah mengeluh...semua kena disiapkan sebelum buka sekolah nanti..harap-harap dapat sesuatu yang baru yang boleh memotivasi aku untuk menyiapkan semua tugasan...ni yang kena banyak doa..kena rajin solat tahjudd...
Thursday, November 25, 2010
hari yang memenatkan....entahlah sepatutnya waktu-waktu exam macam ni pelajar tak perlu la nak melakukan sebarang pelanggaran peraturan sekolah...tapi malangnya semakin nak peksa spm semakin menunjukkan kebiadapan....tak tau la...pe yang tak kena...bezanya anak-anak zaman ini sangat berani langsung tidak fikirkan tentang masa depan mereka..kalau zaman aku persekolahan dulu dah tentu saat ni aku dan rakan-rakan sepejuangan tidak akan bising-bising dan membawa haluan masing-masing...masa yang terluang akan membaca dan melihat soalan-soalan tahun-tahun lalu..tapi anak-anak zaman sekarang masa terluang bersms dan heboh dengan handphone masing-masing hingga terleka....
Sunday, November 21, 2010
cuti sekolah
biasanya pada cuti sekolah orang ramai akan mengambil cuti panjang untuk membawa anak-anak bercuti...ramai juga beranggapan cikgu juga akan cuti panjang...tapi itu anggapan kebanyakan orang kerana tidak pada diriku...mengikut surat perkeliling iktisas bil 5/1977 ..
50(a) "sebagai guru cuti rehat, guru-guru aalah berkelayakan mendapat cuti Penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa cuti penggal bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu"..
jadi sebagai guru biasanya kenalah membiasakan diri untuk bertugas semasa cuti penggal...redhala dan ikhlas dengan tugas..insyaallah ALLAH akan memberikan ganjaran...
Tuesday, November 16, 2010
aku dah kembali...
setelah begitu lama aku tidak mengunjungi blog..kini aku kembali setelah mendapat sedikit ilmu tentang blog...rasanya ilmu bertambah terutama tentang ict...kalau dulu aku menulis blog kanak-kanak awal aku hanya hantam saje...bak kata allayarham P. Ramlee...hantam saje la labu...tanpa banyak ilmu tentang blog...jadi blog awal itu agak padat tanpa sebarang keceriaan tapi kini aku rasa aku dah bersedia untuk meneruskan blog ini kembali...terima kasih buat kakak aku yang beriya-iya sangat suruh aku dan abang-abang yang lain buka blog dan menulis....
ok aku kini kembali.....
kembali dan insyaallah akan terus berada di sini......
ok aku kini kembali.....
kembali dan insyaallah akan terus berada di sini......
Subscribe to:
Posts (Atom)